TEORI PSIKOANALISIS
NOTA PBKK3013
TEORI KAUNSELING
Teori
Psikoanalisis dengan skop:
1. konsep
2. punca masalah
3. matlamat kasunseling
4. peranan kaunselor dan klien
5. proses dan teknik.
KONSEP
Teori psikoanalisis diasaskan oleh Sigmund Freud pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Teori ini berakar pada idea bahawa tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh minda bawah sedar, yang menyimpan keinginan, ingatan, dan konflik yang tidak disedari. Freud percaya bahawa pemikiran dan perasaan bawah sedar ini boleh memberi kesan besar kepada kehidupan seharian seseorang, sering kali melalui mekanisme seperti mimpi, salah ucap, dan simbol tingkah laku.
Freud memperkenalkan konsep utama dalam psikoanalisis, termasuk struktur minda yang terdiri daripada tiga komponen:
- Id (keinginan naluri yang mencari kepuasan segera)
- Ego (bahagian rasional yang mengimbangi antara id dan realiti) (hakim)
- Superego (moral dan nilai sosial).
1. Punca
Masalah
·
Pendaman- lupakan suatu peristiwa menyakitkan
secara tidak sedar, mengelak daripada realiti dan boleh menyebabkan kecelaruan
neurotik.
·
·
Penafian- tidak menerima hakikat atau kenyataan
dan menyatakan sesuatu yang tidak benar atau tidak berlaku serta tidak
mengambil apa-apa tindakan untuk membaiki keadaan.
·
·
Rasionalisasi- memberi alasan yang intelektual
kepada sesebuah kejadian untuk mengesahkan tindakan atau pertahankan egoyang
tercabar atau mengubati hati terluka.
·
·
Projeksi- menyalahi insan lain atas kegagalan
atau kesilapan diri disebabkan tidak menerima realiti.
·
·
Pindah
gantian- melepaskan desakan kepada individu atau objek lain yang lebih selamat,
berlebihan sekirang orang lain menjadi gantian tempat meluah perasaaan
berbanding orang yang berkait secara langsung dengan perasaan tersebut. Gantian
berbentuk positif dikenali sublimasi manakala berbentuk negatif dikenali
displaced aggresion.
·
·
Pembentukan reaksi- tunjukkan tingkah laku yang
bertentangan dengan perasaan sebenar yang dipendam atau gantikan desakan id
yang mampu timbulkan masalah dengan sesuatu yang bertentangan.
·
·
Regresi- Tunjukkan tingkah laku yang dipelajari
dan mungkin berkesan semasa zaman kanak-kanak tetapi kurang sesuai dan kurang
matang dengan usia sekarang.
·
·
Pampasan- menutup satu kelemahan diri dengan
membina diri dalam bidang lain, boleh bersifat positif dan negatif.
·
·
Introjeksi-mengambil atau menerima nilai orang
lain sebagai usaha menutup tingkah laku sendiir atau ingin melindungi diri.
·
·
Pengenal pastian- meniru amalan orang lain demi
peningkatan esteem diri, mengurangkan risau dan takut seseorang dalam
menghadapi realiti dan bantu selesaikan masalah dengan lebih realistik
MATLAMAT KAUNSELING MENGIKUT
TEORI PSIKOANALISIS
1. 1. Membentuk semula watak individu agar segala yang terpendam di alam tidak sedar dapat dialami di alam sedar.
2.2. Menguatkan ego, agar individu dapat berfungsi menurut prinsip realiti, tanpa dikongkong atau didorong oleh desakan-desakan id, atau pun superego
Peranan Kaunselor dan Klien
Peranan Kaunselor
Kaunselor memainkan peranan penting dalam membantu klien memahami diri mereka dan mengatasi konflik dalaman yang dihadapi. Berikut adalah peranan utama kaunselor:
-
Membantu Klien Menguruskan Perasaan Kaunselor perlu berusaha untuk mendorong klien mengenali dan menguruskan perasaan yang berkaitan dengan individu tertentu, terutamanya pada peringkat awal kehidupan klien. Ini bertujuan untuk mengenal pasti akar masalah yang mungkin tersembunyi di bawah sedar.
-
Menggalakkan Klien Meluahkan Perasaan Dalam sesi kaunseling, kaunselor perlu mencelah secara strategik untuk memberi dorongan kepada klien supaya mereka dapat meluahkan isi hati dan menyuarakan masalah yang dihadapi.
-
Memberi Penjelasan dan Bimbingan Kaunselor bertanggungjawab membantu klien memahami perkara yang berlaku dalam diri mereka, termasuk pemikiran, emosi, dan tingkah laku yang mungkin dipengaruhi oleh mekanisme pertahanan bawah sedar.
-
Mendengar dan Mentafsir Masalah Klien Kaunselor harus mendengar dengan penuh perhatian segala isu yang dikemukakan oleh klien. Mereka juga perlu mentafsir komunikasi klien untuk mendedahkan makna sebenar di sebalik apa yang disampaikan.
-
Mewujudkan Hubungan Mesra dan Selesa Hubungan terapeutik yang mesra dan selesa antara kaunselor dan klien adalah asas kepada proses kaunseling yang berkesan. Suasana yang aman akan membantu klien lebih terbuka dalam berkongsi masalah.
-
Membawa Klien kepada Kesedaran Bawah Sedar Dalam pendekatan psikoanalisis, kaunselor berperanan membantu klien menyedari pemikiran bawah sedar yang telah ditekan melalui mekanisme bela diri seperti repressi. Ini penting untuk mengenal pasti punca konflik yang tidak diselesaikan.
-
Membimbing Klien Menyelesaikan Konflik Kaunselor dan klien perlu bekerjasama untuk menyelesaikan konflik yang wujud. Proses ini melibatkan tiga kaedah utama:
- Pendedahan: Membantu klien mengenal pasti punca masalah yang tersembunyi.
- Penerokaan: Menggali lebih mendalam isu yang menyebabkan gangguan emosi.
- Pentafsiran: Menjelaskan makna di sebalik komunikasi klien untuk membantu mereka memahami isu yang dihadapi.
Peranan Klien
Selain kaunselor, klien juga mempunyai peranan yang penting dalam memastikan keberkesanan proses psikoanalisis. Peranan klien adalah seperti berikut:
-
Bersedia dan Komited Klien perlu bersedia untuk melalui proses psikoanalisis yang intensif dan memberikan komitmen sepenuhnya dalam setiap sesi.
-
Mengikuti Peraturan Psikoanalisis Klien mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan, termasuk menghadiri sesi secara konsisten, membayar yuran yang dipersetujui, dan berkongsi masalah dengan kaunselor secara terbuka.
-
Fokus pada Keadaan Semasa Klien tidak perlu terlalu memfokuskan kepada pengalaman silam. Sebaliknya, mereka harus memberi perhatian kepada emosi, pemikiran, dan tingkah laku semasa, serta mengenal pasti sistem kepercayaan yang tidak rasional yang mempengaruhi hidup mereka.
-
Mengenali Sistem Kepercayaan Tidak Rasional Klien perlu sedar bahawa sistem kepercayaan yang tidak rasional adalah punca kepada gangguan emosi dan tingkah laku mereka. Kesedaran ini adalah langkah awal untuk mengatasi masalah.
-
Bekerja Keras untuk Perubahan Klien perlu memahami bahawa selagi mereka tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan sistem kepercayaan yang salah, masalah akan terus berlarutan. Mereka harus menerima hakikat bahawa perubahan memerlukan usaha dan dedikasi.
Proses dan
teknik dalam teori psikolanalisis
1. PERKAITAN BEBAS
Kaedah perkaitan
bebas ini digunakan untuk mengingat dan meluahkan emosi yang berkaitan dengan
keadaan-keadaan traumatik masa lalu iaitu meneroka tahap tidak sedar. Semasa
proses ini dilakukan kaunselor berperanan mengenalpasti bahan represi yang
masih terkunci di alam tidak sedar. Teknik ini dilakukan dengan meminta klien
berbaring di atas kerusimanakala kaunselor berada di belakang atau di hujung
kepala klien. Kaunselor akan cuba menenangkan fikiran klien. Klien digalakkan
meluahkan segala isi hati dan perasaann yang tidak logik dan tidak rasional.
2. INTERPRETASI
Kaunselor akan menyatakan,
menerangkan atau memberitahu berkaitan dengan makna tingkahlaku yang
dimaksudkan oleh perkara-perkara di atas. Fungsi interpretasi adalah untuk
mendorong ego bagi mengasimilasikan bahan baru dan mempercepatkan timbulnya
perkara - perkara tidak sedar klien. Tafsiran-tafsiran yang dibuatkan
menyebabkan klien lebih memahami dan akan memudahkan timbulnya perkara yang
dipendamkan oleh klien.
3. ANALISIS MIMPI
Kaunselor menganalisis
corak mimpi sebagai satu teknik yang projektif dengan mengenal pasti masalah
yang utama, membuat ramalan tentang masa depan gaya hidup klien dan mengajar
klien untuk membuat pemerhatian serta memahami dinamika personalitinya. Klien
akan menerangkan mimpinya kepada kaunselor dan mimpi ini akan diinterpretasi
dari simbol-simbol yang digambarkan oleh klien supaya klien mendapat celik akal
untuk masalah yang tidak dapat diselesaikan sebelum sesi teraputik. Semasa
tidur, pertahanan diri semakin rendah dan perasaan yang ditekan akan timbul.
Freud melihat mimpi sebagai satu jalan kepada tahap tidak sedar kerana melalui
mimpi keinginan, keperluan dan ketakutan yang tidak sedar dapat diluahkan
Kesimpulan
Proses psikoanalisis memerlukan kerjasama erat antara kaunselor dan klien. Kaunselor berperanan sebagai pembimbing dan pendorong, manakala klien bertanggungjawab untuk memberikan komitmen dan berusaha ke arah perubahan positif. Dengan pendedahan, penerokaan, dan pentafsiran yang tepat, konflik dalaman dapat dikenal pasti dan diatasi, membolehkan klien mencapai kesejahteraan emosi dan mental.
IPG BNK PBKK
Comments
Post a Comment