PBKK TEORI KAUNSELING KEPERLUAN DAN TEORI
PENGENALAN KEPADA TEORI KAUNSELING
Isi kandungan
- Keperluan teori
- Aliran teori:
- Psikodinamik
- Behavioris
- Kognitif
- Humanistik
1. DEFINISI
TEORI
Teori merupakan satu sistem idea
yang bertujuan untuk menerangkan sesuatu topik. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai kumpulan idea,
fakta, fenomena atau peristiwa yang boleh digunakan untuk menjelaskan topik
tertentu. Pembinaan teori menggunakan bentuk rasional dan kontemplatif
pemikiran umum dan abstrak manakala teori berdasarkan faktor umum yang bebas
daripada fenomena yang dijelaskan. Teori boleh membantu memberikan penjelasan
untuk pemerhatian kepada pelbagai anggapan penjelasan, beberapa hipotesis yang
mungkin dapat diperoleh untuk menguji teori tersebut.
2. KEPERLUAN TEORI
Mohd Tajudin (2008) menyatakan,
dalam proses menjadi kaunselor yang berkesan, seseorang kaunselor itu bukan
sahaja bergantung kepada kemahiran dan pengetahuan kaunseling yang tinggi
semata-mata, malah mereka juga perlu mempunyai pandangan yang menyeluruh
terhadap nilai-nilai kemanusiaan yang diterapkan melalui teori-teori yang
dipelajari.
1.
Sebagai panduan dalam membuat keputusan dan mengambil
tindakan.
2. Memperlihatkan
rasionalnya sesuatu tindakan atau perlakuan seseorang individu
3. Memperlihatkan fungsi
teori itu sendiri dalam membimbing kaunselor menyesuaikan teknik-teknik dan
ilmu yang telah dipelajari dengan situasi atau cabaran yang sedang dihadapi
oleh mereka.
4. Membina
keyakinan dan hala tuju yang jelas terhadap kaunselor
5. Memudahkan
kaunselor untuk memilih pendekatan yang bersesuaian untuk membantu kliennya
6. Melahirkan
kaunselor yang lebih berilmu dan professional
7.
Membantu seseorang untuk menjadi lebih cekap dan
berkemampuan menyesuaikan diri dengan orang lain atau situasi yang
berubah-ubah.
8.
Memboleh seseorang menyesuaikan diri dengan keadaan
yang kompleks.
9.
Membolehkan individu mentafsir peristiwa secara lebih
fleksibel dan seimbang.
10. Membantu
individu melihat atau mentafsir sesuatu perkara dengan perspektif baru.
11. Membantu
individu untuk meluaskan tanggapan dan bersedia untuk menghadapi situasi yang
sentiasa berubah
Dengan berbekalkan ilmu teori
kaunseling ini juga, seseorang kaunseling akan menjadi lebih efektif dalam
meramal sesuatu keadaan yang bakal timbul semasa mengadakan sesi bersama
kliennya. Pelbagai pendedahan terhadap sikap, tingkahlaku dan respon manusia
terhadap konflik yang dihadapi oleh mereka.
ALIRAN TEORI-TEORI KAUNSELING
1. Teori Psikodinamik
a) Teori
Psikoanalisis Klasik – Sigmund Freud (1856-1939)
b) Psikologi
Individu – Alfred Adler (1870-1937)
2. Teoi behaviorisma
a) ivan Pavlov =
perlaziman klasik
b)Thorndike =
pelaziman operan
c) Skinner =
pelaziman operan
3. Teori Kognitif – Tingkah Laku
a) Rational
Emotive Behaviour Therapy – Albert Ellis (1913)
3. Teori Humanistik
a) Teori
Pemusatan Klien – Carl Rogers (1902-1987)
TEORI BEHAVIORISMA
1. Ivan
Pavlov = perlaziman klasik
2. Thorndike
= pelaziman operan
3. Skinner
= pelaziman operan
v
Teori Behaviorisme merupakan kajian saintifik
mengenai tingkah laku manusia.
v
Perubahan tingkah laku manusia dapat dilihat
atau diukur dengan memberi fokus terhadap tingkah laku baharu yang diulang
sehingga menjadi tingkah laku lazim.
v
Pembelajaran berlaku apabila perubahan tingkah
laku hasil daripada peneguhan dan maklum balas serta pengajaran.
v
Pembelajaran terjadi apabila
perubahan tingkah laku klien yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
v
Teori ini mengkaji perhubungan
antara rangsangan (stimulus) dan gerak balas (response) .
v
Teori Behaviorisme telah dipelopori oleh seorang ahli
psikologi iaitu B. F. Skinner pada tahun 1904-1990. Teori ini adalah teori
belajar yang lebih menekankan kepada tingkah laku manusia.
v
Ianya menekankan peneguhan positif
dan peneguhan negatif bertujuan untuk menambahkan kebarangkalian berulangnya
sesuatu tingkah laku dana bukan untuk menghentikannya.
v
Peneguhan positif ialah untuk menentukan tingkah laku
positif dengan maklum balas yang positif. Contohnya, pujian terhadap
murid-murid yang memberikan jawapan yang betul.
v
Peneguhan negatif pula diberi untuk memberi kesan yang
tidak menyeronokkan atau tidak menyenangkan seseorang individu.
v
Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untuk
membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk perlakuan guru,
kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. Teori ini
berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa
menerusi hukuman dan ganjaran. Contohnya cikgu menyebut nama serta memberi
pujian kepada murid yang memberi jawapan yang betul. Sesuatu ujaran terbentuk
kerana adanya rangsangan dan gerak balas dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa,
misalnya penggunaan kata bagus, anggukan dan sebagainya.
v
Proses ulangan pula memainkan peranan yang penting
dalam pengajaran bahasa.
TEORI KOGNITIF
v Teori
kognitif adalah berasaskan proses pemikiran,
iaitu proses mental dalaman yang membolehkan manusia memperoleh pengetahuan, mengesan,
menyimpan, mencapai dan mengingat semula pengetahuan yang tersimpan untuk
digunakan semula
v Teori
kognitif ini bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang
atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan. Pengkajian terhadap Teori
belajar kognitif memerlukan penggambaran tentang perhatian, memori dan
elaborasi reheashal, pelacakan kembali, dan pembuatan informasi yang bermakna
v Teori
kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan
yang disimpan di dalam memori.
v Teori
kognitif ini bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang
atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan. Pengkajian terhadap teori
belajar kognitif memerlukan penggambaran tentang perhatian, memori dan
elaborasi reheashal, pelacakan kembali, dan pembuatan informasi yang bermakna.
v Manusia
memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, atau merenung kembali dan
membuat keputusan tentang peristiwa- peristiwa yang berlaku dalam persekitaran
untuk mencapai matlamat secara aktif. Pandangan kognitif yang lama utamakan
perolehan pengetahuan. Pandangan yang baru pula mengutamakan pembinaan atau
pembangunan ilmu pengetahuan. Maka, dalam proses pembelajaran kognitif ini
melibatkan dua proses mental yang penting iaitu persepsi dan pembentukan konsep
(penanggapan).
Teori belajar
Humanistik
v Proses
memanusiakan manusia, dimana seorang individu diharapkan dapat
mengaktualisasikan diri artinya manusia dapat menggali kemampuannya sendiri
untuk diterapkan dalam lingkungan.
v Proses
belajar Humanistik memusatkan perhatian kepada diri peserta didik sehingga
menitikberatkan kepada kebebasan individu.
v Kaunselor
perlu faham klien, berada dalam kasutnya.
v Teori
Humanistik menekankan kognitif dan afektif (emosi dalaman) memengaruhi
proses. Kognitif adalah aspek penguasaan ilmu pengetahuan sedangkan afektif
adalah aspek sikap yang keduanya perlu dikembangkan dalam membangun individu.
v Belajar
dianggap berhasil jika si pelajar memahami lingkungannya dan dirinya sendiri.
Hal yang penting lagi pada proses pembelajaran Humanisme harus adanya motivasi
yang diberikan agar peserta didik dapat terus menjalani pembelajaran dengan
baik.
v Motivasi
dapat berasal dari dalam yaitu berasal dari diri sendiri, maupun dari guru
sebagai fasilitator.
v Abraham
Maslow dan Carl Rogers merupakan dua orang pakar dalam Teori Humanistik. Teori
ini mementingkan kesediaan moral dan potensi pelajar. Di samping itu, Teori
Humanistik ini juga memfokuskan kepada perkara-perkara yang berkaitan secara
langsung dengan individu, keunikan diri sendiri bagi seseorang individu dan
juga kepentingan kemanusiaan terhadap individu.
v Dalam
Teori Humanistik, beberapa andaian telah dibuat. Antara andaian yang telah
dibuat ialah manusia mempunyai keperluan dan keperluan asas. Sekiranya keperluan dan keperluan asas
dipenuhi sepenuhnya maka secara langsung individu dapat memotivasikan individu
sendiri ke peringkat yang lebih tinggi iaitu mencapai tahap kesempurnaan diri. Ini disokong
oleh hierarki keperluan mengikut
Maslow (1984) yang
menyatakan bahawa jika keperluan psikologi tidak dipenuhi oleh individu maka
jiwa seseorang tersebut akan terganggu dan tidak tenteram.
v Sepanjang
proses pembelajaran, Teori Humanistik ini menekan kepada pelajar, berpusat
kepada pelajar dan pelajar diibaratkan sebagai klien. Dalam keadaan ini, konsep
ini sangat penting kerana ia menceritakan tentang beberapa aspek iaitu dari
segi nilai manusia, hak individu, tindakan diri dan harga diri dalam menentukan
sesuatu tindakan yang diambil.
TEORI
PSIKODINAMIK
v Psikodinamik,
juga dikenali sebagai psikologi psikodinamik, dalam erti kata yang luas, adalah
pendekatan untuk psikologi yang menekankan kajian sistematik mengenai kekuatan
psikologi yang mendasari tingkah laku, perasaan, dan emosi manusia dan
bagaimana ia berkaitan dengan pengalaman awal.
v Ia
sangat berminat dengan hubungan dinamik antara sedar motivasi dan tidak sedar
motivasi
v Teori
Psikodinamik Psychodynamic Counseling And Theraphy : Examination of The
Unconscious dalam Corey,G., (1977) Theory And Practice Of Counseling And
Psychotheraphy, adalah merupakan satu bab yang memperincikan tentang bagaimana
seorang terapis menggunakan teknik-teknik yang terdapat dalam Teori
Psikodinamik.
v Secara
asasnya, teori ini adalah merupakan Teori Psikoanalisa yang telah diadaptasikan
oleh beberapa tokoh atau pengikut Sigmund Freud seperti Earnest Jones, Alfred
Adler, Erik Erikson, Erich Fromm, Karen Horney, Carl Jung, Wilheim Reich dan
Harry Stack Sullivan. Bab ini menekankan bahawa ‘unconscious’ iaitu alam tidak
sedar adalah disebabkan oleh kurangnya kesedaran peranan mental. Ini
menyebabkan seseorang individu itu secara tidak sedar bertindak dan bertingkah
laku ke arah sesuatu tindakan.
v Oleh
itu secara jelasnya, matlamat kaunseling psikodinamik adalah untuk
memperkembangkan kesedaran terhadap peranan-peranan alam tidak sedar dan ianya
sangat bersangkutan dengan kehidupan seharian manusia.
v Untuk
menimbulkan alam tidak sedar tersebut seseorang individu itu perlu memahami
fungsi-fungsi yang terdapat di dalam id, ego dan superego. Id secara
keseluruhan merupakan alam tidak sedar dan merupakan bahagian yang tidak dapat
dikawal. Ia amat bertentangan dengan superego di mana superego bertindak secara
sedar dan berlandaskan nilai-nilai moral di dalam masyarakat. Ego pula adalah
merupakan komponen perantaraan antara id (alam tidak sedar yang banyak
menentang dan mementingkan keseronokan) dan superego (alam sedar yang menurut
nilai moral masyarakat).
v Setiap
manusia memiliki ketiga-tiga Id, superego dan ego dalam dirinya, apa yang
dikeluarkan melalui tingkah laku yang menunjukkan dia telah menggunakan sama
ada id ego atau supergo dengan lebih banyak.
Kebanyakan terapis dalam perhubungan menolong klien membantu ego untuk menentukan dan menyeimbangkan antara id dan superego. Sebagai contoh terapis moden Erik Erikson, menyatakan bahawa dengan meningkatnya fungsi-fungsi ego dapat menyumbang kepada individu yang mempunyai kuasa dan kawalan terhadap kehidupannya
IPG BNK PBKK
Comments
Post a Comment